Isnin, 15 Mac 2010

AKU KAMBING TERHINA...


Aku Kambing Terhina...
Bila burung - burung berkicauan bersiul, beredarlah aku dari kamar peraduan. Menghirup udara pagi yang segar dan nyaman menjurus laju ke paru - paru menandakan aku masih lagi di sini. Membuktikan bahawa aku masih lagi perlu membaktikan diriku untuk alam. Detik berlalu, terus aku membuangkan langkahku ke arah satu sudut yang menarik perhatianku. Makanan! Satu padang rumput saujana mata memandang. Di situlah tempat kerjaku yang juga merupakan sumber untuk aku terus hidup.

Persoalanku, mengapa ada segelintir manusia menyamakan aku dengan mereka. Sedangkan aku adalah aku dan mereka tetap mereka. Mungkin aku busuk, kotor tapi itu adalah kerana kemuliaanku…Mereka? Disebabkan kemuliaan merekalah aku disiksa, ditambat dalam kehujanan, ditepuk - tepuk dipalu - palu bila majlis keramaian, dibaling batu hinggakan kulitku yang lembut bisa menjadi kematu.

Santapan utama bila menjelangnya aqiqah, korban, akulah yang menjadi buruan. Tidak sedarkah mereka akan pengorbanan yang telah aku berikan? Penderitaan yang aku alami demi meneruskan generasiku?

Mungkin aku adalah seekor kambing..tapi tahukah kamu bahawa menganiaya binatang ternakan itu adalah salah. Aku bukannya dijadikan sebagai bahan mainan.. Aku adalah seekor kambing yang akan sentiasa menjadi kambing.

Aku Yang Kuat!




Aku yang kuat…
Aku yang kuat???
Aku yang kuat!
Aku yang kuat!!!

Dunia ini mereka yang punya (mereka)
Mereka yang akan mengkoordinasikannya (mereka)
Dunia ini mereka yang pawa…(pawa = power)
Kita tidak boleh buat apa – apa (kita)

Janganlah kau mahu bangkit berjuang…
Kerna mereka akan senantiasa memburu…
Walaupun kau akan rasa macam gampang…
Hakikatnya mereka lagi gampang!!!

Rasa macam gampang, rasa macam sial, rasalah macam – macam…
Kami yang rasa. Kau rasa kau berkuasa dengan hujahan lembut manis dari mulut berpuaka hasil jajahan ‘mereka’ yang mahukan ketelanjangan. Kau ada kayu yang sentiasa membakar apimu. Tapi, kami bukan yang dipimpin dan hanya mengangguk seperti udang katok.

Mungkin ‘kau’ yang menentukan dengan kuasa keparat hasil hasutan syaitan berpemikiran bebas yang menjolok untuk kesenangan berbekalkan tenaga kroni kroni kroni mu walaupun tidak seberapa tapi…
Bukan rasa tak ada tuhan tapi kami yang memimpin diri kami untuk berjumpa tuhan…
Kau??????????????????????????
Kau silap.

*hasil kolaborasi antara aku dan dia… yang tidak mampu bersuara krn ada yang lebih bijak berkata – kata….