Selasa, 10 Mei 2011

MAAF...

Maaf dahulukan kerana selepas ini adalah carutan...

Menitis cairan panas nun jauh di sudut hati bila terbaca ttg diriku dimainkan, digampang, dibangang sedangkan bukan aku yg meminta kejadian...situasi ini adlh permainan dari mereka yg mahu dunia tunduk dan melutut kepadanya seraya berkata, "aku hebat!suka hati akulah..ko ada apa?"

Tidak aku menangis walau berat sekalipun hukuman dan situasi tapi keadaan dan kejadian ini betul-betul menghiris hatiku yang sedia terluka. Apakah perlunya dipersoalkan dan membutuh babi kan sekeliling hanya kerana satu figura dan ritma yg direka? Sebab masih wujud ketidakstabilan mentaliti antara pemikiran yang lama dengan yang baru, yang dalam dengan luar, yang atas dengan bawah dan dengan 'iya' bersama dengan 'tidak'. Perkara inilah yang seterusnya membawa kepada momentum untuk menghentam!

Lain pula yang terjadi bila perkara tersebut kabur diselimut, semua bermanis dan bermain lidah demi kepentingan masing-masing.

Jika mahukan jawapan kepada semuanya, pergilah berjihad dengan kerajaan, biar terhapus segala khurafat, makrifat, syirik dan segalanya. Di luar kau boleh terima tapi di dalam kau terpinga-pinga sedangkan mahu pertama di mata dunia.

Suka aku melihat bila ada mereka yang bermain akal kerana akal itu lebih berkesan daripada emosi dan fizikaliti. Aku hanyalah seorang biasa yang makan nasi lemak tetiap pagi, berjalan kaki keliling kota naik LRT dan hidup kais pagi...tidak perlulah melontar dan mencaci cemuh terhadap aku kerana tiada kuasa diberikan-Nya melainkan para syuhada dan mereka yang berilmu'...

Macam Haram...

Isnin, 9 Mei 2011

BoBoy...(tokk..kekkkkkk)

Kalau dah itu yg tertulis di sana, tidak upaya dikekangnya...walaupun hati ku terluka bagai dihiris belati canaian domba, tiada apa yg dapat ku lakukan sekarang...terimalah dgn keterbukaan.

Maaf kerana tidak dapat memberimu makan yg cukup...
Maaf kerana selalu memperdengarkanmu alunan indah suara sumbang kami...
Maaf kerana tidak dapat memberimu awek yg cun dan hot seperti Mariah Carey...
Maaf kerana tidak berkongsi KFC denganmu walaupun kau seperti dikembiri...
Maaf kerana selalu meninggalkanmu jika kami mahu berjoli-joli...
Maaf kerana katil King Size jenama Vono yg dipintamu tidak kami beli...
Maaf kerana tidak membawamu bersiar-siar di KLCC dan Pavi...

Bukan kerana kami bangga diri, hanya mau menjagamu dengan sepenuh hati hakikatnya kau tidaklah berkeliaran sana sini berjoli membuta tuli sampai ke pagi seperti kanak-kanak Pavi.

Kami semua sayangkan kau BOBOY tapi kau sudah pergi...tiada apa yg dapat aku lakukan sekarang...menangis sampai tahun labi-labi pun, kau tetap tidak akan kembali...

Arwah Boboy, 11/2010 - 9/4/2011
.

Rabu, 22 Disember 2010

PergiNya Sa orang ABANG....


Dimulakan dengan,

“bby smuanya....bby utk sgalanya....maaf dminta...brtemu lagi di lain masa...rndu n syang kpada smua....” - Wan Orang Kampong

Esakan demi esakan bertamu di kala saat dan detik berdetak. Teriakan dimulai dengan jiwa luhur ke hati terus ke pancaindera lalu terbitlah titisan suci ikhlas atas nikmat hubungan yang selama ini dijalinkan.

Pemergian yang amat dirasa bagi sesiapa yang kenal dengan sifat dan sikapnya. Pergi bukan untuk sesuka kerna semuanya beralaskan kehidupan takdir turutan dunia, ‘Demi Masa Depan’.

“ Semoga berjaya kelak di sana. Tabah dan cekalkan hati. Nak hidup kena tempuh dunia betul- betul. Panjang lagi highway kita nie. Kau dah jumpa tol kau, aku masih dalam pencarian. Nanti berjaya, kenanglah kami…hanya itu kehendak hati….”

Sekali gagal janganlah kecewa, tekadkan semangat teruskan usaha mungkin kali ini dikau berjaya.

Hidup yang bebas mesti teruskan, janganlah lemah dengan kekalahan, jadikan iktibar segala kegagalan, kejayaan pasti menunggu di hadapan……

Berat dipikul, ringan dijinjing, sama bekerja sama berganding. Susah dan senang sama seiring.

SATU KELUARGA ITU YANG PENTING.


Untuk ingatan dan ingatan,

SENAPAS

Nanti dulu…

Usah berbuat apa- apa

Lihat malammu, juga siang yang sudah- sudah


Bintang saling melengkapi

Bulan yang menerangi

Hilang oleh hujan malam ini

Namun ianya akan kembali


Awan jujur indahkan

Mentari cerah bersinaran

Pudar bila hujan tiba

Namun kembali bercahaya


Nanti dulu…

Izinkan aku bernafas

Nanti dulu…

Izinkanku nikmati unggas

Nanti dulu…

Izinkan aku bebas

Nanti dulu…

Cuba kau saling bernafas


Hujan yang hadir pasti akan berhenti

Basah akan kering gelap kan bercahaya

Oleh turutan dunia…


Aku maafkanmu

Kau maafkanku

NAFAS KITA SENAFAS

Nikmat hubungan mesra….

tuhan terima kasih untuk rasa dan segalanya...
aku sayang kau...
” – Kirin Muhamad


Linangan,

Yang Sentiasa Mendoakanmu

Khamis, 16 Disember 2010

Senapas


Nanti dulu
Usah berbuat apa- apa
Lihat malammu
Juga siang yang sudah- sudah

Bintang saling melengkapi
Bulan yang menerangi
Hilang oleh hujan malam ini
Namun ianya akan kembali

Awan jujur indahkan
Mentari cerah bersinaran
Pudar bila hujan tiba
Namun kembali bercahaya

Nanti dulu...
Izinkan aku bernafas
Nanti dulu...
Izinkan ku nikmati unggas
Nanti dulu...
Izinkan aku bebas
Nanti dulu...
Cuba kau saling bernafas

Hujan yang turun pasti akan berhenti
Basah akan kering gelap kan bercahaya
Oleh turutan dunia

Aku maafkanmu
Kau maafkanku
Nafas kita senafas
Nikmat hubungan mesra :P

Terima Kaseh Padamu

Terima kaseh padamu
Terima kaseh ku ucapkan
Kerana mendewasakanku
Mengajarkan
Rasa kaseh dan sayang

Fitrah kita berdua
Tak mengenal usia
Tak mengenal rupa
Tanpa pentingkan rasa
Mau jua logika

Akulah yang kehilangan
Akulah yang ditemukan
Kenangan demi kenangan
Memberikan kekuatan
Mengajarku kehidupan
Mengatasi logika dan khayalan

Dengan nafas demi nafas
Berganti jiwa
Ditemukan hati
Yang ditembus dengan ikhlas

Terima kaseh padamu
Terima kaseh kuucapkan
Kerana mendewasakanku
Mengajarkan
Rasa Kaseh dan Sayang

Sabtu, 23 Oktober 2010


Kunci untuk mendapat keputusan yang baik adalah Proses Pembelajaran Output ( Output Learning )– kemampuan untuk menerima, mengaplikasi dan melaksanakan apa yang pelajar telah dipelajari. Kini, rata-rata pelajar Malaysia hanya melalui Proses Pembelajaran Input ( Input Learning ) – membaca, mempelajari, menghafal dan mendengar. Disebabkan itulah secara puratanya pencapaian para pelajar hanyalah di tahap memuaskan.

Untuk cemerlang, anak-anak anda memerlukan Pembelajaran Output. Kenali bagaimana kami melatih anak anda menggunakan Teknik Pembelajaran Output.

Kami telah mengambil masa selama tujuh tahun dalam melakukan penyelidikan dan pembangunan untuk menyediakan pelajar ALAT BANTUAN BELAJAR berbentuk Pembelajaran Output yang selaras dengan sIstem akademik dan kurikulum sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Kami akan membantu dan membimbing anak anda ke arah – BERSEDIA UNTUK PEPERIKSAAN DAN SKOR A! melalui teknik yang unggul demi prestasi anak anda. Berjaya sememangnya penting, tetapi untuk Berjaya, kita harus melakukan persiapan. Tibanya peperiksaan, anak-anak anda akan belayar meredah lautan soalan dengan yakin dan tahan dari segi mental dan fizikal hasil bantuan dari Score A.

Deskripsi Pekerjaan ( Sepenuh Masa/ Sambilan)

Kami sedang mencari individu yang berpemikiran terbuka, mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan bermotivasi untuk menggerakkan syarikat induk kami, Kenshido International Sdn Bhd ke arah mercu kejayaan – demi generasi baru yang bakal memimpin. Jika anda seorang yang ingin jadi peneraju generasi, kami alukan anda untuk menyertai kami dalam posisi berikut :

Perunding e-Pendidikan ( e-learning Consultant )

Tugas

Mempromosikan produk kami ( Program Score A ) kepada pelanggan yang berpotensi.

Syarat-syarat

Inisiatif, bersemangat tinggi dan mempunyai dorongan untuk mengembangkan perniagaan.

Berkebolehan dalam bidang pemasaran dan promosi.

Ramah dan berkomunikasi dengan baik.

Bermatlamat tinggi dan mampu melaksanakan tugas dengan baik.

Kemahuan untuk belajar dan memperbaiki diri.

Bekas graduan, pekerja sambilan, bekas agen insurans dan juga guru sekolah digalakkan untuk menyertai kami.

Peluang pekerjaan ini dibuka untuk rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, memiliki sekurang-kurangnya SPM dengan lulus Bahasa Melayu dan diperlukan SEGERA! Skop gaji adalah mengikut mingguan, RM 1000.

Kami mengutamakan calon yang betul-betul berminat dan bekerja keras dalam merebut posisi Perunding e-Pendidikan. Jika terpilih, anda akan dijemput ke sesi taklimat untuk penjelasan lebih terperinci dan jelas tentang deskripsi pekerjaan ini di Bandar Tasek Selatan.

Jika berminat, sila e-mel kan kepada saya profil lengkap diri anda (gambar tidak diperlukan), atau sms kepada:

Mus : qimza_89war@yahoo.com / 017-950 5661

Selasa, 19 Oktober 2010

HACHIKO.............


Keruhan nafiri syahdu menguntum jiwa qalbu dalam lolongan anjing yang diperwatakkan ilmu dan jiwa;

Membuahkan titisan demi titisan tercurah bersama dolphin dan teralur habis semua yang disiratkan di antara celah rusukku...

SubhanAllah....