Khamis, 16 Disember 2010
Terima Kaseh Padamu
Sabtu, 23 Oktober 2010

Kunci untuk mendapat keputusan yang baik adalah Proses Pembelajaran Output ( Output Learning )– kemampuan untuk menerima, mengaplikasi dan melaksanakan apa yang pelajar telah dipelajari. Kini, rata-rata pelajar Malaysia hanya melalui Proses Pembelajaran Input ( Input Learning ) – membaca, mempelajari, menghafal dan mendengar. Disebabkan itulah secara puratanya pencapaian para pelajar hanyalah di tahap memuaskan.
Untuk cemerlang, anak-anak anda memerlukan Pembelajaran Output. Kenali bagaimana kami melatih anak anda menggunakan Teknik Pembelajaran Output.
Kami telah mengambil masa selama tujuh tahun dalam melakukan penyelidikan dan pembangunan untuk menyediakan pelajar ALAT BANTUAN BELAJAR berbentuk Pembelajaran Output yang selaras dengan sIstem akademik dan kurikulum sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
Kami akan membantu dan membimbing anak anda ke arah – BERSEDIA UNTUK PEPERIKSAAN DAN SKOR A! melalui teknik yang unggul demi prestasi anak anda. Berjaya sememangnya penting, tetapi untuk Berjaya, kita harus melakukan persiapan. Tibanya peperiksaan, anak-anak anda akan belayar meredah lautan soalan dengan yakin dan tahan dari segi mental dan fizikal hasil bantuan dari Score A.
Deskripsi Pekerjaan ( Sepenuh Masa/ Sambilan)
Kami sedang mencari individu yang berpemikiran terbuka, mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan bermotivasi untuk menggerakkan syarikat induk kami, Kenshido International Sdn Bhd ke arah mercu kejayaan – demi generasi baru yang bakal memimpin. Jika anda seorang yang ingin jadi peneraju generasi, kami alukan anda untuk menyertai kami dalam posisi berikut :
Perunding e-Pendidikan ( e-learning Consultant )
Tugas
Mempromosikan produk kami ( Program Score A ) kepada pelanggan yang berpotensi.
Syarat-syarat
Inisiatif, bersemangat tinggi dan mempunyai dorongan untuk mengembangkan perniagaan.
Berkebolehan dalam bidang pemasaran dan promosi.
Ramah dan berkomunikasi dengan baik.
Bermatlamat tinggi dan mampu melaksanakan tugas dengan baik.
Kemahuan untuk belajar dan memperbaiki diri.
Bekas graduan, pekerja sambilan, bekas agen insurans dan juga guru sekolah digalakkan untuk menyertai kami.
Peluang pekerjaan ini dibuka untuk rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, memiliki sekurang-kurangnya SPM dengan lulus Bahasa Melayu dan diperlukan SEGERA! Skop gaji adalah mengikut mingguan, RM 1000.
Kami mengutamakan calon yang betul-betul berminat dan bekerja keras dalam merebut posisi Perunding e-Pendidikan. Jika terpilih, anda akan dijemput ke sesi taklimat untuk penjelasan lebih terperinci dan jelas tentang deskripsi pekerjaan ini di Bandar Tasek Selatan.
Jika berminat, sila e-mel kan kepada saya profil lengkap diri anda (gambar tidak diperlukan), atau sms kepada:
Mus : qimza_89war@yahoo.com / 017-950 5661
Selasa, 19 Oktober 2010
HACHIKO.............

Khamis, 23 September 2010
Cukup...dah terBONGKAR!
SATU
Don't talk rubbish on my wall please! nak buat sesi luahan ke nak apa ke get out from my wall! I don't give a damn n i don't even want to know! Respect my privacy!!!Watch what comes out of your mouth!!!
DUA
The Ugly Blue Dark. From out of no where, come and want to be one of them but can't. Doing such a nonsence thing to impress the other duck. Poor that blue duck they still can't accept it.
Look at the mirror and still look the same no matter how much they trying so hard to be 'somebody'. But don't be rubbish be somebody that can mean something to the workers!
Don't touch us if you don't like us, MIND your own bisness! but then if we touch you and there's a very stupid reason to jump up and down with such a nonsence word or action to us. Poor Thing!!! Be Peace Upon You! GOOD LUCK!
TIGA
Ni soalan ke apa yer?
x pe lah jawap je lah:
1 - duit rumah 2 tahun. Kalau x tahu cerita dan x ada kena mengena x perlu masuk campur. lagi pun hal ni antara kami serumah jer. lagi pun kami serumah pun belum settel. tiba2 ada org luar nk campur. (titik)
2 - duit marathon tu apa? tlg terpeinci sikit. TQ
3 - duit kad mo stage. Yg ada pada saya skrg cuma duit Shikin dan Sham. Sbb mereka bayar nk buat kad selepas kami dah tempah. Jadi amik masa nk cetak. tapi x sempat sbb sibuk dgn peta lah bagai dulu. Skrg ni pulak dorang kerja dgr katanya. Benda dah cetak. Jadi nk kena jumpa dengan individu terlibat untuk bincang tentang RM20 masing2 tu. (titik)
4 - duit makan bdk indo?? Ada production lain x yg guna khidmat bdk indo melainkan saya? x kan? jadi untuk apa dipertikaikan...? dan seingt saya makan minum production sy disuport sepenuhnya 100% oleh saya. (tlg jelaskan)
5 - duit hutang hard disk azizah. manusia tu nama azizahrasanya. Sy dah settel ngan dia melalui tel tadi. lama jugak lah berbual. masing2 ada cerita masing. org yg x ada kena mengena x perlu campur kepetusan kami buat. (titik)
nota tambahan: betapa berlambaknya budak2 yg x byr lg duit kad. tp aku dah HALALKAN pun. kalau aku list down pasal duit kad kat sini kecoh pulak nanti.
EMPAT
puki lah hai..amik duit org xingat..cam babi...
klu stakat 100/70 xdak hal lah..tp ko byr duit yg ko makan syahmi...
duit umah bebudak selama 2 tahun, bayar..
duit marathon, bayar
duit kad mostage bebudak, bayar
duit makan bdk indon primadona, bayar
duit hutang hardisk azizah, bayar
ko bayar sume hutang hutang ko kat org len, pas2 bru kami bayar..
apa ingat kami ni busuk sangat smpai xleh bayar..FUCK U la beb!!!
bayar semua org pnya dlu....ak berkata bkn krn mereka bercerita tetapi ko yg mulut gampang menuntut ak bersuara...
ak bkn mustaqim yg ko kenal...
juga khas utk kawan2 or "kita" yg ko sayang...
pergi mati..tataaaa....
LIMA
Ada kawan tapi TAK GUNA.. Dahlah bodoh sombong lagi! Dia ada 'kita', kita pun ada 'kita' lah.. !!! Kawan ke tyydakk!
PUNCA
knp tdk beralah ke antah?katanya sedih dgn rakan2 yg hanya like2 tp tdk tau hal sbnar..hal sbenar itu adlh kami, xpayah nk tau2 sbb kami da tau krn situasinya kami lalui..klu rasa nk LAWAN, nk FUCK, RASIS aku..buatlah..ko lawan dgn ak yg ada 'kita' sdgkn ko pnye 'dua' ke tiga cm2 laaa...bukan perihal duit either 700, 400 o 550 tp nilai yg ko xpasti...
ak bersuara krn :sini lah ruang untuk kita "bebas" bersuara!..
KENYATAAN
Perkara ni baru berlaku dalam Facebook antara aku dan dia yang mana geng beliau telah bersuara. Aku telah membuatkan mereka bersuara. Mereka bersuara. Itupun setelah…..akhirnya
Macam biasa, perkara dasarnya hanya remeh yang sengaja diperbesarkan. Perihal seorang rakan yang kononnya kaki sapu bontot pencyarah, rakan yang miskin(hakikatnya marhaen) dan juga terbaru; hutang orang terhadap dia. Terpalingbaru;hutang dia terhadap orang.
Ya. Memang kami miskin dan tak mampu sepertimana kau dan rakan kau yang kaya dan berduit. Tapi kami punya penghormatan terhadap diri sendiri dan rakan lain. Tak sanggup rasanya nak kencing member selama 2 ½ tahun. Tapi kau? Sanggup!!!
Dan sekarang bila semuanya terbongkar baru kau mahu menyentak pintu kuat dan berselimut. FUCK U LAH!
Baru rasa malu? Sedangkan selama ni kau bawa mulut merata sembang pasal orang sekeliling kau. Sekali lagi, FUCK U!
Memang kau tak heran dengan kami dan kawan kau yg memperkecilkan aku…sebab aku tak punya apa-apa. Sekurangnya aku masih mampu bayar sewa rumah dan makan minum beli baju topup fon dengan duit titik peluh aku sendiri. Bukan makan duit kawan yg berstatus anak yatim. Dan hari ni, aku langsung tak sentuh kau walau secuit sebab aku ingat siapa kau dulunya pada aku. Statement terangan, aku dah pernah join banduan in jail dan tak usah dinyatakan bilangannya kerana bila bicara, tangan dan kakiku lebih cepat dari mulutku…
Semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas mu dan juga sahabat karibmu…..
Ahad, 19 September 2010
SATU
cinta ini adalah cintamu
aku ini adalah dirimu
jiwa ini adalah jiwamu
rindu ini adalah rindumu
darah ini adalah darahmu
tak ada yang lain selain dirimu
yang selalu ku puja
ku sebut namamu di setiap hembusan nafasku
ku sebut namamu, ku sebut namamu
dengan tanganmu aku menyentuh
dengan kakimu aku berjalan
dengan matamu aku memandang
dengan telingamu aku mendengar
dengan lidahmu aku bicara
dengan hatimu aku merasa
(dari halwa Satu oleh Dewa)
Jumaat, 16 Julai 2010
Nice Words!
Seperti kata seorang rakanku, mari kita menjadi liar dan terbiar! Kebuasan akan memberi kepuasan.....
Ahad, 20 Jun 2010
Teater Muzikal Selendang Jiwa

Selendang Jiwa mengisahkan tentang sikap keburukan manusia yang menindas demi mencapai kepentingan abadi. Dalam penindasan, ada hipokritnya kerana keindahan dan kegembiraan sentiasa digambarkan tetapi jiwa yang gundah gelana dek ketakutan disorok, terperangkap dalam realiti. Secara keseluruhannya, Selendang Jiwa itu sendiri sebenarnya merupakan perlambangan kepada simbol ilmu dan jiwa manusia itu sendiri. Ilmu tidak akan bersatu dengan jiwa jika busuk hatinya. Ilmu jangan disalah gunakan kelak buruk akibatnya. Jangan pula ilmu dibiarkan kerana kejayaan hanya terletak kepada mereka yang berilmu. Begitulah antara mesej – mesej yang inigin disampaikan dalam pementasan ini.
Antara watak – watak yang diwujudkan oleh penulis yang juga merangkap sebagai pengarah pementasan ialah; Deli yang dilambangkan sebagai pemuda harapan bangsa, Suria yang merupakan penjaga khazanah istimewa dan juga kekasih Deli, Lela iaitu anak muda yang terburu – buru dalam mencari kesenangan, Kobat dan Jinta adalah simbol kepada penjarah yang menindas dan zalim serta Mak Ngah yang dilambangkan sebagai orang tua yang punyai banyak pengalaman hidup dan berilmu.
Cerita bermula dengan semua pelakon melakukan gerak tari dan menyanyi diiringi lagu yang dimainkan secara playback. Kemudiannya, beransur – ansur keluar pentas tinggalkan dua orang pencerita iaitu Pencerita Lelaki dan Pencerita Wanita. Mereka kemudiannya berdialog tentang keadaan tempat tersebut yang dahulunya indah tetapi sekarang gersang. Kemudian Pencerita Lelaki berkata bahawa ada cerita disebalik semua itu dan penyebabnya adalah ilmu jiwa itu sendiri. Babak seterusnya menampilkan pelakon – pelakon muda yang terdiri dari anak muda teruna dan dara. Mereka kemudiannya bermain sambil mengusik manja antara satu sama lain. Perkara ini memperlihatkan kehidupan anak – anak muda dewasa ini. Seterusnya masuk kumpulan Kobat dan Jinta yang hatinya dirakus kejahatan. Konflik demi konflik berlaku sehinggalah Deli diberitahu Suria bahawa Lela telah ditangkap oleh Kobat kerana didakwa menipu dirinya dengan memberikan Selendang Jiwa palsu yang busuk dan berwarna merah. Akhirnya, Kobat, Jinta dan seluruh ahli kumpulannya berjaya dikalahkan oleh Deli bersama rakan – rakannya yang sekian lama menuntut ilmu demi mengisi kekosongan. Begitulah antara synopsis ringkas cerita ini.
Cerita ini sememangnya banyak berbentuk perlambangan. Pertama kali saya menjejakkan kaki ke panggung, saya dapat melihat rekaan set yang ringkas tetapi ada sesuatu disebaliknya disertai dengan pencahayaan yang kusam, dapat diagak bahawa akan berlaku satu tragedi. Setnya yang berbentuk seperti sebuah jeti yang wujud pada zaman dahulu memberikan satu symbol kekuasaan dan peperangan. Sebuah tangga dibina seperti tangga batu dan sebuah lagi daripada kayu dan diletakkan berhadapan secara berasingan dengan satu ruang ditengahnya. Tanahnya pula tampak gersang dan kering dek kerana peperangan. Setelah cerita bermula dan konflik demi konflik timbul, ianya mengukuhkan lagi tanggapan saya iaitu satu kuasa besar sedang menindas golongan yang lemah kerana mahukan sesuatu yang berharga dan istimewa. Sememangnya rekaan set dan pencahayaan sangat membantu dalam pementasan ini.
Penggunaan multimedia juga membantu dalam pemahaman isi cerita. Tidak salah jika saya katakan di sini bahawa di samping memberikan satu ilusi yang menarik, penuh dengan metafora, yang kebiasaan juga boleh diguna pakai. Maksudnya, penggunaan projektor yang menampilkan visual langit, jalanan, hutan yang semuanya dipetik daripada rekaan rare sangat membantu dalam pemahaman penonton terhadap cerita. Sebagai contoh, penggunaan visual keretapi yang bergerak laju di sepanjang landasan melambangkan perjalanan yang ditempuhi Deli dan rakan – rakannya dalam mencari ilmu jiwa. Semua perkara tersebut dapat difahami dengan mudah hanya kerana visual yang dipancarkan tadi.
Dari sudut pemilihan kostum, saya agak terkejut kerana rekaan set dan pencahayaannya dilihat seperti tradisional namun kostum yang dikenakan oleh pelakon adalah rekaan semasa. Sekaligus mewujudkan dua suasana berbeza kerana pemilihan kostum tidak bertepatan dengan set. Mungkin kerana cerita ini berkonsepkan kontemporari kerana penggunaan lagu yang mengiringi persembahan juga bersifat sedemikian. Campuran tradisional klasik dengan moden urbanisasi. Perkara yang mengukuhkan lagi kenyataan ini ialah walaupun pelakon memakai pakaian yang moden, pengucapan dialognya adalah lama, klasik dan penuh dengan unsur tradisional kemelayuan itu sendiri. Bahasa yang berbunga – bunga serta diselitkan dengan pantun indah menguntum jiwa menampakkan kacukan yang lama dan baru atau erti kata lainnya, kontemporari.
Kedatangan utama saya adalah untuk melihat penulisan, pengarahan dan lakonan. Dari sudut penulisannya, diakui memang manis, lembut, bergaya dan penuh dengan unsur sindiran dalam perlambangan demi perlambangan untuk memujuk jiwa khalayak dengan penuh kesenian. Yang dimahukan hanyalah ilmu kerana tanpanya rosak binasa runtuh binasa tetapi digarap dengan beralun dan menuntut pemikiran yang mendalam dalam memahaminya bertepatan dengan kehendak pengarah dalam pementasan ini, Mazlan Tahir yang sentiasa mengingatkan pelajarnya supaya sentiasa berilmu dalam memperjuangkan kehidupan agar tidak diperjudikan kelak. Beliau yang merupakan penulis dan pengarah pementasan ini sememangnya halus dalam melontarkan kehendak terhadap masyarakat sekeliling kerana bahasanya; baik dari segi pengucapan dialog dan bait – bait lirik yang dinyanyikan.
Namun, kekecewaan saya adalah terhadap pelakon yang melakonkan watak – watak sampingan. Hati saya terguris apabila melihatkan beberapa orang pelakon terutamanya pengikut Kobat yang dilihat terlalu ‘bersepah’ dalam lakonan dan melanggar undang – undang lakonan itu sendiri. Kenapa Ahmad Yatim menyuruh kita diam atau mengurangkan pergerakan apabila ada yang lain sedang berdialog atau melakukan aksi? Jawapannya, kerana tidak mahu mesej penting yang ingin disampaikan hilang kerana tumpuan terhadap anda. Pelakon tersebut dilihat seperti sengaja melakukan aksi yang tidak sepatutnya, berlebih – lebihan. Berani saya katakan di sini bahawa semuanya berlaku tidak seperti dirancang pengarah kerana itu yang dapat saya lihat melalui pengamatan berdasarkan pengalaman. Jika mereka tidak belajar kursus lakonan, saya boleh terima. Tetapi, masalahnya rata – rata pelakon yang memegang watak sampingan merupakan pelajar dan juga bekas pelajar Fakulti Teater yang diasuh agar menjadi pelakon yang baik. Hamlet pernah berkata, “Janganlah kamu menghayun-hayunkan tangan kamu di udara sebegini seperti orang gila kerana hal itu menampakkan kebodohan…”
Lalu saya simpulkan bahawa ‘mereka’ sebenarnya adalah orang yang angkuh dalam mencari ilmu. Berbeza dengan mereka yang taat dengan suruhan. Pendokong watak utama iaitu Deli, perlambangan kepada anak jati bangsa melalui kapal jatinya ditambat satu di pelabuhan bagi saya berjaya mengaitkan konflik - konflik penceritaan. Ikatan cinta di antara Deli dan Suria dapat dirasakan dengan begitu kukuh kerana penghayatan pelakonnya dalam melakonkan watak. Mereka dilihat bersahaja dan tidak ‘menggelupur’ seperti beberapa pelakon lain. Walaupun sedemikian, mereka masih mampu memikat hati penonton dengan permainan yang diberikan dan itulah yang dimahukan para penonton yang hadir seperti saya.
Pada pendapat saya, pementasan ini akan menjadi lebih menarik jika pengarah menggunakan gaya lama. Maksudnya, tanpa ada unsur kontemporari. Ianya akan menjadi sebuah cerita lama tetapi relevan dengan keadaan semasa kerana isunya masih segar dan bertepatan dengan zaman sekarang. Selain itu, jumlah pelakon dikurangkan. Tidak dinafikan bahawa pelakon yang ramai di atas pentas dapat menaikkan semangat, energy dan kemeriahan pentas. Tetapi, jika kebanyakkan mereka hanyalah bertindak sebagai ‘tunggul’ yang menunggu arahan seterusnya, bagi saya, ianya merupakan satu masalah yang tidak patut diwujudkan. Tambahan, gerakan tari yang dihasilkan tampak tidak selari antara satu sama lain; mewujudkan suasana messy yang memenatkan.
Konklusinya, penting dan bergunanya manusia itu terletak pada ilmu. Tanpa ilmu kita binasa. Janganlah bergaduh sesama saudara kerana kelak runtuh dan binasa tebing kota. Ekoran itu, musuh senang meminta seterusnya menindas membabi buta membiarkan derita dan kecewa lesu diselubungi gelita. Pementasan Teater Muzikal Selendang Jiwa ini sememangnya banyak meninggalkan impak yang besar kepada rata – rata penonton yang hadir seperti saya kerana isunya yang diibaratkan berlian dan mesejnya seperti air sungai lalu; terlalu banyak hendak dicedok dan payah untuk disekat. Semuanya penuh dengar unsur keilmuan. Ilmu adalah jiwa, jiwa adalah seni dan seni itu adalah roh yang memenuhi seluruh lingkup jasad individu. Jika pementasan ini dipentaskan semula, saya mengharapkan agar ianya dipentaskan dengan skala yang lebih besar. Bukan hendak menidakkan apa yang saya katakan di atas, cuma mahukan isinya lebih berisi walaupun sudah sarat terisi dan dipentaskan di tempat yang lebih gah melalui publisiti yang berterusan agar masyarakat mendapat manfaat kerana bukan senang masyarakat hendak mendapatkan pendedahan sebegini dan bukan senang juga hendak berjaya. Bersatu adalah kata kuncinya seperti antara bait lirik yang dinyanyikan; “…bersatu di atas bumi tuhan ini, untuk menjadi manusia yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang…”