Rabu, 22 Disember 2010

PergiNya Sa orang ABANG....


Dimulakan dengan,

“bby smuanya....bby utk sgalanya....maaf dminta...brtemu lagi di lain masa...rndu n syang kpada smua....” - Wan Orang Kampong

Esakan demi esakan bertamu di kala saat dan detik berdetak. Teriakan dimulai dengan jiwa luhur ke hati terus ke pancaindera lalu terbitlah titisan suci ikhlas atas nikmat hubungan yang selama ini dijalinkan.

Pemergian yang amat dirasa bagi sesiapa yang kenal dengan sifat dan sikapnya. Pergi bukan untuk sesuka kerna semuanya beralaskan kehidupan takdir turutan dunia, ‘Demi Masa Depan’.

“ Semoga berjaya kelak di sana. Tabah dan cekalkan hati. Nak hidup kena tempuh dunia betul- betul. Panjang lagi highway kita nie. Kau dah jumpa tol kau, aku masih dalam pencarian. Nanti berjaya, kenanglah kami…hanya itu kehendak hati….”

Sekali gagal janganlah kecewa, tekadkan semangat teruskan usaha mungkin kali ini dikau berjaya.

Hidup yang bebas mesti teruskan, janganlah lemah dengan kekalahan, jadikan iktibar segala kegagalan, kejayaan pasti menunggu di hadapan……

Berat dipikul, ringan dijinjing, sama bekerja sama berganding. Susah dan senang sama seiring.

SATU KELUARGA ITU YANG PENTING.


Untuk ingatan dan ingatan,

SENAPAS

Nanti dulu…

Usah berbuat apa- apa

Lihat malammu, juga siang yang sudah- sudah


Bintang saling melengkapi

Bulan yang menerangi

Hilang oleh hujan malam ini

Namun ianya akan kembali


Awan jujur indahkan

Mentari cerah bersinaran

Pudar bila hujan tiba

Namun kembali bercahaya


Nanti dulu…

Izinkan aku bernafas

Nanti dulu…

Izinkanku nikmati unggas

Nanti dulu…

Izinkan aku bebas

Nanti dulu…

Cuba kau saling bernafas


Hujan yang hadir pasti akan berhenti

Basah akan kering gelap kan bercahaya

Oleh turutan dunia…


Aku maafkanmu

Kau maafkanku

NAFAS KITA SENAFAS

Nikmat hubungan mesra….

tuhan terima kasih untuk rasa dan segalanya...
aku sayang kau...
” – Kirin Muhamad


Linangan,

Yang Sentiasa Mendoakanmu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan