Isnin, 9 Mei 2011

BoBoy...(tokk..kekkkkkk)

Kalau dah itu yg tertulis di sana, tidak upaya dikekangnya...walaupun hati ku terluka bagai dihiris belati canaian domba, tiada apa yg dapat ku lakukan sekarang...terimalah dgn keterbukaan.

Maaf kerana tidak dapat memberimu makan yg cukup...
Maaf kerana selalu memperdengarkanmu alunan indah suara sumbang kami...
Maaf kerana tidak dapat memberimu awek yg cun dan hot seperti Mariah Carey...
Maaf kerana tidak berkongsi KFC denganmu walaupun kau seperti dikembiri...
Maaf kerana selalu meninggalkanmu jika kami mahu berjoli-joli...
Maaf kerana katil King Size jenama Vono yg dipintamu tidak kami beli...
Maaf kerana tidak membawamu bersiar-siar di KLCC dan Pavi...

Bukan kerana kami bangga diri, hanya mau menjagamu dengan sepenuh hati hakikatnya kau tidaklah berkeliaran sana sini berjoli membuta tuli sampai ke pagi seperti kanak-kanak Pavi.

Kami semua sayangkan kau BOBOY tapi kau sudah pergi...tiada apa yg dapat aku lakukan sekarang...menangis sampai tahun labi-labi pun, kau tetap tidak akan kembali...

Arwah Boboy, 11/2010 - 9/4/2011
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan