Selasa, 10 Mei 2011

MAAF...

Maaf dahulukan kerana selepas ini adalah carutan...

Menitis cairan panas nun jauh di sudut hati bila terbaca ttg diriku dimainkan, digampang, dibangang sedangkan bukan aku yg meminta kejadian...situasi ini adlh permainan dari mereka yg mahu dunia tunduk dan melutut kepadanya seraya berkata, "aku hebat!suka hati akulah..ko ada apa?"

Tidak aku menangis walau berat sekalipun hukuman dan situasi tapi keadaan dan kejadian ini betul-betul menghiris hatiku yang sedia terluka. Apakah perlunya dipersoalkan dan membutuh babi kan sekeliling hanya kerana satu figura dan ritma yg direka? Sebab masih wujud ketidakstabilan mentaliti antara pemikiran yang lama dengan yang baru, yang dalam dengan luar, yang atas dengan bawah dan dengan 'iya' bersama dengan 'tidak'. Perkara inilah yang seterusnya membawa kepada momentum untuk menghentam!

Lain pula yang terjadi bila perkara tersebut kabur diselimut, semua bermanis dan bermain lidah demi kepentingan masing-masing.

Jika mahukan jawapan kepada semuanya, pergilah berjihad dengan kerajaan, biar terhapus segala khurafat, makrifat, syirik dan segalanya. Di luar kau boleh terima tapi di dalam kau terpinga-pinga sedangkan mahu pertama di mata dunia.

Suka aku melihat bila ada mereka yang bermain akal kerana akal itu lebih berkesan daripada emosi dan fizikaliti. Aku hanyalah seorang biasa yang makan nasi lemak tetiap pagi, berjalan kaki keliling kota naik LRT dan hidup kais pagi...tidak perlulah melontar dan mencaci cemuh terhadap aku kerana tiada kuasa diberikan-Nya melainkan para syuhada dan mereka yang berilmu'...

Macam Haram...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan