Isnin, 15 Mac 2010

AKU KAMBING TERHINA...


Aku Kambing Terhina...
Bila burung - burung berkicauan bersiul, beredarlah aku dari kamar peraduan. Menghirup udara pagi yang segar dan nyaman menjurus laju ke paru - paru menandakan aku masih lagi di sini. Membuktikan bahawa aku masih lagi perlu membaktikan diriku untuk alam. Detik berlalu, terus aku membuangkan langkahku ke arah satu sudut yang menarik perhatianku. Makanan! Satu padang rumput saujana mata memandang. Di situlah tempat kerjaku yang juga merupakan sumber untuk aku terus hidup.

Persoalanku, mengapa ada segelintir manusia menyamakan aku dengan mereka. Sedangkan aku adalah aku dan mereka tetap mereka. Mungkin aku busuk, kotor tapi itu adalah kerana kemuliaanku…Mereka? Disebabkan kemuliaan merekalah aku disiksa, ditambat dalam kehujanan, ditepuk - tepuk dipalu - palu bila majlis keramaian, dibaling batu hinggakan kulitku yang lembut bisa menjadi kematu.

Santapan utama bila menjelangnya aqiqah, korban, akulah yang menjadi buruan. Tidak sedarkah mereka akan pengorbanan yang telah aku berikan? Penderitaan yang aku alami demi meneruskan generasiku?

Mungkin aku adalah seekor kambing..tapi tahukah kamu bahawa menganiaya binatang ternakan itu adalah salah. Aku bukannya dijadikan sebagai bahan mainan.. Aku adalah seekor kambing yang akan sentiasa menjadi kambing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan