Selasa, 11 Mei 2010

Suatu Petang Yang Damai (bru lepas hujan)


Haaaa…. Kisahnya bermula tanpa ada iringan lagu pembukaan atau persembahan extra-turn oleh mana-mana pertubuhan social mahupun pertubuhan amal dan kebajikan apatah lagi dengan pertubuhan kebudayaan yang kadang-kadang tidak ada kena mengena langsung dengan NGO ataupun FRU.

Arahan : Setting adalah seperti mendung oleh kerana hujan baru hendak berhenti…(hermmm,ada petanda ni..

Terdengar suara yang mengandungi emosi taksub, terkesima, ‘syukur’ yang tidak terhingga terhadap seseorang yang digelar…Abang Misai Lebat(dulunya pernah dikontroversikan oleh Ayam Fared dalam CATAT aka Catatan Pantat!). Dengan tangan kehitaman dek kerana ilmu yang ku lakukan setiap hari, aku menyertai perbualan social itu walaupun ianya tidak sehebat YM atau Skype bukan Tagged apatah lagi Chat on Facebook kerna aku tahu….ada sesuatu yang menarik naluriku…

Dan………………

“Kita dah jadi International Colege! Bilik air kena bayar pasni taw..nak kencing pun bayar 20sen. Tapi, dalam bilik air pasni ada bathtub, jakuzi, hair dryer, sauna dan bermacam lagilah… Pastu, kalu tak sempat kejar tren boleh bermalam di hostel but! Kena bayar Rm 20 duit penginapan satu malam. Untuk VIP pnya bilik, Rm 50…! Ermmm, haaaa…! Dilarang lelaki dan perempuan berduaan menaiki kenderaan(tak dinyatakan siang atau malam) kerna dikhuatiri ASWARWAR akan melahirkan produk baru ber’bin’kan namanya. Tempat dilahirkan? Dalam tong sampah sekitar institusi pengajian…”

Wah wah wah….seronoknya saya mendengar……! Sampaikan tidak tahu nak cakap apa dah…
Kalau bilik air yang sudah 16 tahun org pakai tu ‘free’ je…kenapa pulak kali ni bila masuk je Abang Misai Lebat, kami kena bayar? Kalau lah bilik air tu stok tandas kat KLCC boleh la timbang tara sikit. Ini da macam kat Stesen Minyak Sheel Tanjung Malim daa..Haish!tak cukup nak bayar bil air kah? Ataupun nak sara mambang-mambang…? Al- maklumlah….kaya.!!

Hermm..penginapan eaa? Boleh – boleh, saya takde apa-apa masalah. Tapi nak ‘request’ sikit boleh…? Boleh tak bawa ayam masuk bilik…?khi khi khi…. Kalau tak boleh saya bermalam kat Padang Merbuk je la..takpun jalan kaki ke Pudu. Hotel budjet bersepah kat situ… ye la…saya ni orang kampong, duit tunggu mak ayah tuai padi hujung tahun, mana mampu nak bayar hotel tuan town yang ada air-cond tue…

Saya nak Tanya anda sekalian(kalu baca karangan ni la…) Lelaki dan perempuan naik kereta ramai-ramai nak pergi makan sebab lapar selepas seharian praktis, ditahan oleh Unit Pengawal Gerakan Khas ASWARWAR dan disaman! Adakah ianya satu kelakuan yang normal? Bagaimana jika yang menaiki dan menumpangi itu adalah adik beradik?ibu bapa? Atok nenek?tunang tuning? Laki bini? Dan apa benda lagi yang seantero dengannya…? KENA SAMAN JUGAK??!!!!!!!!!!!!

Haish, sebenarnya saya dah banyak kehilangan markah dalam karangan tidak lebih daripada 200 patah perkataan ni… Jadi saya akan menamatkannya dengan sabuah puisi adunan ‘pop-culture art’……

Saya
Saya…
Saya…..
Suka la dengan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan skrg nih...da tak kampung lagi daa...myB studentnya la kot but not the tittle....!!!
hik kih kui hakah...
hik kih kui hakah...
hik kih kui hakah... hik kih kui hakah...
hik kih kui hakah... hik kih kui hakah... hik kih kui hakah...
hik kih kui hakah... hik kih kui hakah...
hik kih kui hakah...
hik kih kui hakah...

ASWARA da jadik town2..ala..cam oldtown coffee 2 but ini newtown punyak...
pasni bole x saya cadangkan kt Abang Misai bahawasanya tukar nama...sistem da tuka
Jadi la Akademi Seni Budaya Warisan Agungan Kapitalis Antarabangsa..... <3 <3 <3

hohooo... "melangkah ke hadapan bersama duuuiittttt......."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan